Fatwa Pilihan
Bil: 25/2011 
MENGAPA ORANG ISLAM TIDAK BOLEH MAKAN DI
RESTORAN BUKAN ISLAM
-
Siri :
52/2004
Soalan:
Apakah hukumnya bagi
orang Islam makan di restoran bukan khas untuk
orang Islam seperti di restoran Cina kerana
telah banyak perdebatan dan pertanyaan hebat
telah berlaku di ruang halaman ‘HAVE NO FEAR,
HAVE YOUR SAY’. Manakala saya adalah salah
seorang yang cuba menghuraikan halal dan haram
mengikut seperti apa yang pernah saya dengar
melalui ceramah-ceramah di kaca televisyen dan
juga di radio namun telah dibidas. Sebaliknya
saya dikatakan jealous kerana terdapat ramai
pengunjung Islam yang datang bertandang makan di restoran
yang menyajikan makanan bukan untuk orang Islam.
Ada juga yang memberi respon dengan mengatakan:
“Ikut suka hati akulah”. Adakah ini yang patut
berlaku di Brunei? Saya cuba membuat huraian,
memberi teguran, menasihati agar mereka yang
selalu makan di restoran bukan untuk orang Islam
itu tidak lagi memakan makanan yang syubhah.
Oleh itu, saya
ingin meminta pihak Tuan agar dapat menghuraikan
secara terperinci mengenai hukum-hukum makan di
restoran bukan untuk orang Islam dan makan
makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam
sekali pun bahan-bahan yang digunakan itu
bertanda halal. Selain itu apakah hukum
menggunakan pinggan mangkuk, sudu serta garpu di
restoran bukan untuk orang Islam di mana
peralatan tersebut juga digunakan orang bukan
Islam dan sebagainya yang berlaku di restoran
bukan untuk orang Islam agar dapat diterangkan
secara terperinci?
Kalau boleh, saya amat
berharap agar balasan daripada pihak Tuan dapat
saya terima maklum balasnya di e-mail saya. Di
sini saya dengan sukacitanya memberi cadangan
kepada pihak Tuan agar dapat menerbitkan satu
buku mengenai halal dan haram agar tiada pihak
yang mengambil ringan akan hal ini terutamanya
dari segi pemakanan, peralatan-peralatan yang
digunakan serta orang yang menyajikan makanan
tersebut. Harap pihak Tuan akan dapat memberi
maklum balasnya secepat mungkin.
[ baca penuh.. ]
Bil: 24/2011
MINYAK WANGI YANG MENGANDUNGI ALKOHOL - Siri :
46/2004
Soalan:
Kaola amat keliru
tentang penggunanan minyak wangi yang
mengandungi alkohol. Mohon nasihat Pehin tentang
hal ini. Kalau ada fatwa mengenainya yang telah
dikeluarkan mohon minta salinan atau mohon
nasihat melalui e-mail saja atau pun telefon.
Kaola amat berbesar
hati atas pemedulian Pehin melayani masalah yang
berbangkit. Kepada Allah jua kaola mohon
ditambahkan ilmu dan moga Allah memberi faham.
Âmîn.
[ baca penuh.. ]