Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
08 September 2016 - Rakaman Irsyad Hukum Sempena Hari Raya ‘Idul Adha

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Jabatan Mufti Kerajaan sekali lagi bekerjasama dengan Radio Televisyen Brunei dalam menerbitkan rancangan TV Irsyad Hukum. Rancangan tersebut khusus diterbitkan bersempena dengan menyambut Hari Raya ‘Idul Adha pada tahun 1437H/2016M. Sesi penggambaran telah dilakukan pada 8hb Ogos, 2016 di ruang legar Jabatan Mufti Kerajaan.


Format rancangan pada kali ini berkonsepkan forum perbincangan, berlainan daripada yang pernah dirakamkan sebelum ini. Pengerusi mengajukan soalan-soalan kepada dua ahli panel yang kemudian membincangkan mengenai permasaalahan yang umum dihadapi ketika ingin melakukan ibadah korban. Diantara nya ialah seperti siapakah golongan yang dituntut melakukan ibadah korban, kedudukan masa melakukan niat dan cara pembahagian daging korban mengikut niat ibadah itu sendiri. Rancangan kali ini juga memberi peluang untuk orang ramai di luar yang telah dirakam awal untuk bertanya mengenai ibadah korban. Diantara pertanyaan yang diajukan adalah seperti kedudukan hukum memapat kuku dan sebagainya.


Rancangan Irsyad Hukum edisi Hari Raya ‘Idul Adha ini telah ditayangkan di RTB sebelum dan juga pada Hari Raya ‘Idul Adha itu sendiri.


Seperti sebelum nya, tujuan rancangan ini diadakan adalah bagi membimbing dan menjelaskan mengenai permasalahan-permasalahan yang selalu dihadapi oleh masyarakat mengenai perlaksanaan ibadah korban.

Attachments