Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
15 September 2016 - 790 Asnaf Fakir Miskin Terima Daging Korban

Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar


Seramai 790 orang asnaf fakir miskin termasuk 220 orang ketua keluarga telah menerima daging ibadah korban dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Syarikat Penyajian Diraja Brunei dan Pusat Penyembelihan Mulaut.

Kesepakatan antara Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan institusi-institusi berkenaan sudah berlangsung selama lebih 15 tahun iaitu sejak 1999 yang lalu. Pada tahun ini sejumlah tujuh ekor lembu, tiga ekor kerbau dan lima ekor kambing disembelih untuk dijadikan ibadah korban.

Asnaf dari 11 buah kampong di Mukim Mentiri itu menerima daging-daging korban tersebut di Majlis Ibadah Korban anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd., Syarikat Penyajian Diraja Brunei dan Pusat Penyembelihan Mulaut. Majlis berlangsung di Pusat Kemesyarakatan Mukim Mentiri, Negara Brunei Darussalam pada 13 Zulhijjah 1437 Hijriah bersamaan 15 September, 2016 Masihi dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Mentiri dan Majlis-Majlis Perundingan Kampong di bawah Mukim Mentiri.

Hadir di majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin, ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari institusi-institusi berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan penyembelihan binatang korban iaitu dua ekor kambing dan bacaan Selawat Ibrahimiah oleh Pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Syarikat Penyajian Diraja Brunei dan Pusat Penyembelihan Mulaut.

Majlis kemudian beredar ke dalam dewan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Ketua Projek Khas, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei. Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan daging korban kepada ketua keluarga asnaf fakir miskin disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan bagi ketua keluarga asnaf lelaki, dan Yang Mulia Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan, Executive General Manager (Corporate Risk), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. bagi ketua asnaf wanita.

Usai penyampaian daging-daging kepada ketua asnaf penerima, majlis diteruskan dengan penyampaian daging-daging korban kepada para jemputan.

Attachments