Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
November & Disember 2016 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat

Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat daripada tiga perwakilan negara sahabat Negara Brunei Darussalam.


TYT Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman menerima cenderahati dari YB Pehin Mufti

Pada 2 Safar, 1438 Hijriah bersamaan 2 November, 2016 Masihi Yang Berhormat Pehin telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam.  Tuan Yang Terutama diiringi oleh En. Emran Hardynata bin Ahmad,  Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.


Suasana ketika kunjungan hormat daripada TYT Salah Mohi Eldin Elwassimy, Duta Besar Republik Arab Mesir pada 30 November, 2016.

Sementara itu pada 30 Safar, 1438 Hijriah bersamaan 30 November, 2016 Masihi, Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Arab Mesir Yang Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy.  Tuan Yang Terutama beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

 
Suasana ketika kunjungan hormat daripada TYT Abubacarr Jah, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Gambia pada 1 Disember, 2016.

Seterusnya pada 1 Rabiulawwal, 1438 Hijriah bersamaan 1 Disember, 2016 yang lalu, Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Gambia, Tuan Yang Terutama Abubacarr Jah yang juga beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kunjungan-kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan dan antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada disamping bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Attachments