Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
24 Januari 2017 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Rektor Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham, Damsyik, Syria

Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat daripada Prof Dr Husameddin Farfour M. Salleh, Rektor Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham, Damsyik, Syria.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin, di DarulIfta Brunei Darussalam, Jalan Pengiran Babu Raja, Bandar Seri Begawan pada 24 Januari, 2017. Pada kunjungan tersebut Prof Dr Husameddin Farfour M. Salleh disertai oleh dua orang pegawai dari universiti berkenaan iaitu Yaman Alistawani Mhd Adnan dan Waleed Abdelmonem Elsaid Ibrahim.

Prof Dr Husameddin Farfour M. Salleh dan rombongan adalah dalam rangka lawatan kerja ke negara ini bagi Penandatanganan MoU antara Al-Fatih Islamic Campus, Universiti Bilad Al-Sham, Damsyik, Syria dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam.

Di DarulIfta Brunei Darussalam, Prof Dr Husameddin Farfour M. Salleh dan rombongan juga telah dibawa melawat Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS).

Attachments