Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06 September 2017 - Majlis Ibadah Korban Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan Mulaut Abbatoir Sdn Bhd

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Asnaf daripada 6 buah kampong di Mukim Sengkurong iaitu Kampong Sengkurong A, Kampong Sengkurong B, Kampong Sengkurong, Kampong Tagap, Kampong Bukit Bunga dan Kampong Jerudong telah menerima daging ibadah korban anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. dan juga Mulaut Abbatoir Sdn. Bhd.

Sejumlah 5 ekor lembu, 6 ekor kerbau dan seekor kambing disembelih untuk dijadikan ibadah korban pada majlis tahun ini.

Majlis berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong pada 13 Zulhijjah 1438H bersamaan 05 September 2017M.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan dan Yang Mulia Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan, Executive General Manager (Corporate Risk), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd., pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari ketiga-tiga institusi.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan penyembelihan binatang korban iaitu seekor kambing dan bacaan Selawat Ibrahimiah oleh pegawai-pegawai JMK dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd.

Majlis kemudian beredar ke dalam dewan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan. Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan daging korban kepada ketua keluarga asnaf yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan juga Yang Mulia Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan, Executive General Manager (Corporate Risk), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd.

Majlis Ibadah Korban yang dilaksanakan secara bersama ini adalah merupakan acara tahunan antara ketiga-tiga institusi tersebut. Kesepakatan ini telah lahir sejak lebih 17 tahun yang lalu bermula pada tahun 1999 lagi.


Attachments