Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12 September 2017 - Timbalan Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Hj Saini bin Hj Metussin


Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat dan muhibbah daripada Yang Mulia Imam Asim Hafiz, Penasihat Agama Islam kepada Chief of the Defence Staff and Service Chiefs, Kementerian Pertahanan United Kingdom pada 20 Zulhijjah, 1438 bersamaan 12 September, 2017.

Hadir sama di kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.

Turut mengalu-alukan dan menerima rombongan ialah Yang Mulia Haji Rosle bin Haji Jumat @ Jumaat, Pemangku Pengarah Pentadbiran serta beberapa pegawai JMK.

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Yang Mulia Timbalan Mufti, di Jabatan Mufti Kerajaan, Darulifta Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

​ ​



Attachments