Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
29 November 2017 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibbah Penyelidik Kementerian Hal Ehwal Ugama Republik Indonesia

Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan muhibbah daripada empat pengawai penyelidik daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Republik Indonesia diketuai oleh Dra. Hajah Suhanah, M.Pd.

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin, di Jabatan Mufti Kerajaan, Darulifta Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam  pada 9 Rabiulawal, 1439H bersamaan 28 November, 2017.
 
Dalam kunjungan tersebut, perbincangan antara Yang Berhormat Pehin dan rombongan telah berlangsung, berkisar mengenai hal-hal keugamaan.

Tiba di bangunan DarulIfta Brunei Darussalam, rombongan Republik Indonesia itu dialu-alukan oleh Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran  Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Di akhir kunjungan, Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderamata berupa buku-buku terbitan terbaharu Jabatan Mufti Kerajaan.

Usai pertemuan dengan Yang Berhormat Pehin, rombongan tersebut telah diberikan taklimat mengenai Jabatan Mufti Kerajaan dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai daripada Jabatan Mufti Kerajaan di pengerusikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.
Attachments