Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12 Disember 2019 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibbah Ketua Majelis Ulama Indonesia dan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand

​Oleh: Osman Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan hari ini 12 Disember, 2019 telah menerima kunjungan muhibbah daripada Dewan Pimpinan Majlelis Ulama Indonesia diketuai oleh Kh. Dr. Abdusshomad Bukhari, Ketua Majelis Ulama Indonesia (Dakwah dan Pengembangan Masyarakat).

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Ketibaan rombongan seramai sepuluh orang itu di Darulifta Brunei Darussalam dialu-alukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Turut menyertai rombongan tersebut ialah Dr. Nadratuzaman Hosen, Bendahara Umum; Dr. Muhammad Yusuf Martak, Wakil (Timbalan) Bendahara Umum; Dr. Amirsyah Tambunan, Wakil (Timbalan) Sekretaris Jenderal; Dr. H. Rafiqul Umam, Wakil (Timbalan) Sekretaris Jenderal; Prof. Valina Sinka, Wakil (Timbalan) Sekretaris Jenderal; Kh. Dr. M. Zaitun Rasmin, Wakil (Timbalan) Sekretaris Jenderal; Amirah Ahmad Nahrawi Lc, M.Ec, M.E. Sy, Setiausaha Komisi Hubungan Antarabangsa; Fitri Ani Gayo, M.M., M. Han, Wakil (Timbalan) Setiausaha Komisi Hubungan Antarabangsa dan Ainul Yakin, Pembantu Peribadi Kh. Abdusshomad.

Rombongan tersebut adalah dalam rangka lawatan Muhibbah Majelis Ulama Indonesia ke Asia Tenggara.

Difahamkan kunjungan dan lawatan tersebut antaranya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman Islam wasatiyah dan dakwah Islamiah di kalangan umat Islam di Asia Tenggara disamping meningkat ukhuwah Islamiah, ukhuwah basyariah dan ukhuwah wathaniyah.


Sementara itu, pada sebelah petang, seramai  58 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand telah mengadakan kunjungan Muhibbah ke Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di Darulifta' Brunei Darussalam.  Rombongan diketuai oleh Dr. Haji Abdul Rahman bin Daud, Yang Di-Pertuan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Selatan Thailand.

Tiba di Darulifta Brunei Darussalam, rombongan dialu-alukan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin berserta pengawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.

Di dalam kunjungan tersebut, rombongan dari Thailand itu telah diberikan taklimat mengenai sejarah, fungsi dan peranan Jabatan Mufti Kerajaan dan taklimat mengenai Hal Ehwal Fatwa.  Disamping itu rombongan juga dibawa melawat Perpustakaan Islam Brunei Darussalam dan kedai buku Jabatan Mufti Kerajaan.

Rombongan adalah dalam rangka lawatan Muhibbah ke Negara Brunei Darussalam bermula 11 hingga 14 Disember.



Attachments