Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
24 November 2020 - Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam 1442/2020

Oleh: Awang Osman Abu Bakar


  • 20201124_Sambutan Maulud 01
  • jpg 885 x 600
    172 KB

​ ​

​ ​



Bagi sama-sama memperingati dan menyemarakkan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam tahun 1442 Hijrah/2020 Masehi, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini, 8 Rabiulawal, 1442 Hijrah bersamaan 24 November, 2020 Masehi, mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam bertempat di ruang legar bangunan DarulIfta, Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Turut hadir Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth); pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Faatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Abd. Azim bin Haji Ahmad, Pegawai Buhuth, seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.  Acara diteruskan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Akhlak Mulia dan Hubungannya dengan  Iman dan Ibadah’ disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah, Pemangku Penolong Mufti (Ifta).

Acara turut diserikan dengan persembahan Dikir Maulud oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan dan bagi memohon keberkatan majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Abd Azim bin Haji Ahmad, Pegawai Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan.

Attachments