Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17 April 2021 - Majlis Tadarus JPM dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya Tahun 1442H/2021M

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Osman Abu Bakar




Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1442H/2021M pada 17 April 2021 bersamaan 04 Ramadhan 1442, bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut. Majlis Tadarus ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.  

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Jemputan-jemputan Khas; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa perkakas keperluan masjid yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Mulia Haji Khairul Nizam bin Haji Md Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Qur'an bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis turut diberkati dengan Bacaan Doa Selamat dan Solat Fardhu Asar berjemaah. 

Majlis-majlis keagamaan di bulan Ramadhan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Jabatan Perdana Menteri bagi mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata’ala.

Attachments