Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
10 Julai 2021 - Forum Irsyad: Kesempurnaan Ibadat Korban


20210710-Forum-001 (295x200).jpg

Forum Irsyad Hukum bertajuk "Kesempurnaan Ibadat Korban" telah diadakan pada Hari Sabtu, 29 Zulkaedah 1442 bersamaan 10 Julai 2021 di ruang legar, Bangunan Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan bersempena Hari Raya 'Idil Adha 1442H / 2021M.

 

Adalah diharapkan dengan adanya forum tersebut dapat memberikan maklumat yang jelas, lengkap dan tepat sebagaimana yang dituntut oleh syara' tentang tatacara pengurusan, pengendalian ibadat korban dan pengagihan daging korban serta meleraikan permasalahan yang timbul mengenainya. Di samping itu juga, ianya dapat meningkatkan kesedaran kepada umat Islam mengenai tuntutan ibadat korban secara amnya.

 

20210710-Forum-004 (295x200).jpg

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Forum Irsyad tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Turut hadir, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusuf, Penolong Mufti (Buhuth) dan Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah, Pemangku Penolong Mufti ('Ifta).

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Yang Mulia Haji Awang Mohammad Raimi bin Awang Tengah, Pegawai Istinbat Kanan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Haji Awang Mohamad Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Penolong Mufti (Buhuth), Jabatan Mufti Kerajaan selaku Pengerusi Bersama Forum.

 20210710-Forum-002 (295x200).jpg20210710-Forum-003 (295x200).jpg

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

 

Majlis diteruskan dengan sesi forum yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Hazimin bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Urusetia Fatwa. Manakala, ahli-ahli panel forum ialah Yang Mulia Dayang Rennieyanti binti Haji Sunny, Pegawai Buhuth Kanan, Yang Mulia Dayang Hajah Norasikin binti Haji Abdul Majid, Pegawai Istinbat dan Yang Mulia Awang Haji Sabirin bin Haji Osman, Pengurus Am PDS Abattoir Sdn Bhd.

 20210710-Forum-005 (295x200).jpg

Lebih kurang 250 orang wakil daripada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan dan institusi bukan kerajaan (NGO) termasuklah imam-imam dan penuntut-penuntut telah dijemput untuk mengikuti forum tersebut.

 

Penyampaian cenderahati & sijil penghargaan kepada pengerusi dan ahli-ahli panel forum telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Majlis diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Haji Awang Mohammad Raimi bin Awang Tengah, Pegawai Istinbat Kanan.


Attachments