Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25 Oktober 2021 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat

​Oleh: Osman Abu Bakar


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap,  Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran; dan Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan bertempat di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 Oktober, 2021.

Tuan-tuan Yang Terutama telah menerima Surat-surat Watikah Pelantikan mereka daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober, 2021 yang lalu. 



Attachments