Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
09 April 2022 - Acara Pembukaan Majlis Tadarus JPM dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya Tahun 1443H/2022M

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya





Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1443H/2022M pada 05 Ramadhan, 1443H bersamaan 09 April, 2022M, bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis Madang. Majlis Tadarus ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Kehakiman Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut.  

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Jemputan Khas; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Mulia Awang Nuzli bin Hj Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit. Majlis Tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Qur'an bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis turut diberkati dengan Bacaan Doa Selamat. 

Majlis-majlis keagamaan di bulan Ramadhan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Jabatan Perdana Menteri bagi mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata’ala.




Attachments