Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
19 Mei 2022 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Sidang Kemuncak Ulama Sedunia 2022 Perpaduan Sebagai Asas Pembebasan Palestin

Oleh: Rawandi Rafie Yahya




Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin telah bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 Mei, 2022 bersamaan 18 Syawal, 1443 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ulama Sedunia 2022 anjuran bersama Yayasan MyAQSA Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan The Global Coalition for Quds and Palestine (GCQP).

Turut mengiringi beliau ke sidang kemuncak tersebut ialah Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan. 

Sidang kemuncak yang bertemakan “Perpaduan Sebagai Asas Pembebasan Palestin” ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 20 sehingga 22 Mei 2022. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang juga penaung acara ini, akan dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat bagi pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Ulama Sedunia tersebut.

Acara ini akan mengumpulkan seramai 150 orang ulama yang terkemuka dari seluruh dunia, khusus bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan umat Islam dalam memperjuangkan pembebasan Masjid Al-Aqsa.



Attachments