Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerubat Dengan Perubatan Bumi Dan Perubatan Langit



Halaman :    126 muka surat
ISBN        :    99917-33-80-9
Harga      :    B$6.00

    

Kandungan

Buku Berubat Dengan Perubatan Bumi & Perubatan Langit ini mengungkap beberapa rawatan alternatif yang boleh diguna pakai dan diamalkan bagi menyembuhkan berbagai penyakit ganjil yang tidak berupaya disembuhkan oleh rawatan moden. 

Merawat dan mengubati penyakit adalah amat digalakkan dalam Islam. Seseorang itu tidak boleh berputus asa dalam berusaha menyembuhkan penyakit yang telah lama dideritanya kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya bahawa setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya.
 

Buku ini memberi harapan baharu kepada para penderita penyakit ganjil atau penyakit yang sudah bertahun-tahun dirawat tetapi belum menemui kesembuhannya. Melalui pengalaman langsung penulis, buku ini menceritakan bagaimana kekuatan yang terdapat di dalam Perubatan Langit berupaya dan berjaya menyembuhkan berbagai penyakit, bukan sahaja yang ganjil, malah penyakit yang boleh dirawat dan dikenalpasti melalui cara perubatan moden. Walaupun demikian, ia tidak memperkecilkan keupayaan rawatan moden mahupun perubatan bumi, malah kedua-dua jenis rawatan ini apabila digabungkan, insya’ Allah akan memberikan hasil yang amat baik dan menakjubkan. 

Di antara mesej penting yang ingin disampaikan oleh penulis dalam buku ini ialah keupayaan ayat-ayat al-Qur’an dan dzikrullah dalam menyembuhkan penyakit. Berbagai kisah tauladan silam disamping yang dialami dan disaksikan sendiri oleh penulis telah dipaparkan dalam buku ini yang semuanya menunjukkan betapa hebatnya ayat-ayat al-Qur’an dalam membantu si penderita sakit sehingga menemui kesembuhan. 

Tidak ketinggalan juga buku ini memberi amaran agar para pesakit, dalam usaha untuk mencari kesembuhan, jangan sampai terperangkap di dalam perubatan ahli sihir dan bomoh-bomoh yang boleh menyesatkan dan membawa kepada syirik. 

Apakah yang dimaksudkan dengan Perubatan Bumi & Perubatan Langit dan bagaimana kedua-dua perubatan ini berperanan dalam kesembuhan berbagai penyakit? Bacalah buku ini seterusnya dan jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.