 |
Halaman : 294 muka surat ISBN : 99917-33-78-7 Harga : B$10.00 |
Kandungan
Buku Haji & Umrah merupakan kompilasi/himpunan fatwa yang berkaitan dengan berbagai persoalan masyarakat Islam mengenai ibadat haji, umrah, Tanah Suci Makkah dan Madinah serta berbagai isu yang berkaitan dengannya. Himpunan fatwa ini mencerminkan tentang keprihatinan dan pemedulian masyarakat Islam tentang pelaksanaan rukun Islam yang kelima ini agar ibadat yang dilaksanakan ini bukan hanya sekadar dibuat mengikut tradisi atau trend semata-mata, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mencapai kesempurnaan pengabdian kepada Allah dan mendapatkan haji dan umrah yang mabrûr.
Keistimewaan buku ini ialah, ia menggabungkan fatwa-fatwa dua zaman, iaitu semasa Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dan juga Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan yang ada sekarang ini.
Buku ini mengetengahkan berbagai aspek pelaksanaan ibadat haji dan umrah berdasarkan soalan-soalan daripada umat Islam setempat, terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat awam, para pentadbir yang menyelenggarakan urusan haji dan umrah, dan pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji dari tahun 1964 hingga 2005. Antara kandungannya yang menarik ialah mengenai perempuan hamil menunaikan haji, berhutang untuk pergi haji tetapi setelah pulang tidak terbayar hutangnya, permasalahan jemaah haji yang sakit, peranan pegawai haji dan pegawai perubatan ketika bertugas di Tanah Suci, dan banyak lagi isi kandungan bernilai ilmiah yang perlu diketahui oleh semua.
Mengandungi lebih daripada 80 soalan berkaitan haji dan umrah, buku ini mengupas dan membincangkan dengan meluas berbagai masalah dan persoalan hukum dalam ibadat ini dengan berpandukan al-Qur’an, hadits dan qaul para ulama dengan kupasan yang menarik.
Orang ramai boleh membeli buku ini selepas majlis pelancarannya di Jabatan Mufti Kerajaan dan juga kaunter pejabat Darussalam Holdings. Pada hari pelancaran buku ini, harga yang ditawarkan adalah dengan potongan 20% iaitu $8.00 senaskhah, sementara pada hari-hari lain berharga $10.00.