Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRokok dan Merokok

JUDUL
Rokok & Merokok
Tahun Diterbitkan: 2004
Halaman: 101 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-46-3
Harga: BND 6.00

Kandungan


Usaha membanteras atau membasmi rokok itu sedang berjalan dimana-mana sekarang. Dari sudut agama juga ianya dibincang dan dikaji terus menerus berdasarkan semua aspek, sama ada ianya makruh sahaja ataupun wajarkah dihukumkan HARAM.

Merokok memanglah tidak membunuh secara serta-merta, namun ianya tetap mudharat atau memudharatkan. Berdasarkan kajian, ianya (rokok itu) mengandungi berbagai-bagai racun.

Islam menegah umatnya melakukan apa juga perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana gangguan terhadap kesihatan itu boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah atau tidak mempu untuk menunaikan tanggungjawab agamanya, termasuk juga urusan-urusan keduniaannya sekali.

Buku ini menghidangkan kepada para pembaca perbahasan yang begitu luas di kalangan para ulama mu'tabar dan pakar-pakar kesihatan mengenai isu rokok dan merokok yang disokong dengan dalil-dalil syar'i dan saintifik.

Untuk mengetahui perbahasan yang amat menarik dan kesimpulan daripadanya, silalah terus membaca dan mengkaji buku ini sehingga para pembaca menemukan hukum yang jelas tentang rokok dan merokok itu.