Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

 

Ceramah Majlis Doa Kesyukuran dan Khatam al-Qur’an
Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan
 Negara Brunei Darussalam anjuran
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Oleh : Osman bin Abu Bakar
 Foto : Osman bin Abu Bakar

Selasa
29 Safar 1430 bersamaan 24 Februari  2009
 

 
 

Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang telah mencapai usianya 25 tahun jika di sandarkan kepada usia manusia adalah usia dewasa dan peningkatan usia adalah sesuatu yang positif.   

Apa juga perkara, semakin ia meningkat matang dan meningkat umur adalah lebih bernilai atau naik harga. 

Mahkota dan harga tanah air ialah kemerdekaannya.  Manakala kemerdekaan semakin berumur, maka semakin mahal dan naik harganya.  Ia tidak ubah seperti barang antik dan juga manusia, semakin berumur semakin tinggi lagi nilainya.  Kerana itu tidak hairan semakin lanjut usia kemerdekaan, semakin hebat dan mariah ia dirayakan dan disambut bahkan orang semakin redha mati demi mempertahankannya. 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan ketika menyampaikan ceramahnya di Majlis Doa Kesyukuran dan Khatam al-Qur’an Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Gadong ‘A’ dan ‘B’ pada 29 Safar 1430 bersamaan 24 Februari 2009 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 

Menurut Yang Berhormat Pehin kemerdekaan memang layak untuk di rayakan kerana semakin tua umur kemerdekaan, semakin kita kasih dan sayang, semakin kita tatang kemerdekaan itu seperti menatang minyak yang penuh.

Sebagai benda yang disayangi, tegasnya kemerdekaan itu mesti kita pelihara, kita  jaga dan pertahankan. 

Menurutnya kemerdekaan itu dipelihara, dijaga dan dipertahankan dengan amal syukur iaitu amal shalih, amal taat kepada Allah dan memelihara Allah. 

”Apabila kita memelihara Allah, Allah akan memelihara kita pula.” tegasnya.

 


 
   
 

YB Pehin Mufti ketika menyampaikan ceramah

         Ketika mendengar ceramah sempena Sambutan    
          Jubli    Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei

    
  Darussalam
 
 

<< Arkib Berita JMK

 

Copyright @ 2009 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri