Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

Pegawai JMK Sertai Bengkel Reka Bentuk Buku

Oleh: Awang Osman bin Awang Abu Bakar

27 Februari hingga 2 Mac 2009

 
 

Dua orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri iaitu Awang Osman bin Awang Abu Bakar, Penolong Ketua Teknik Penerbitan dan Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar, Penolong Pegawai Perhubungan Awam telah menyertai Bengkel Reka Bentuk Buku Pesta Buku Brunei 2009 sempena Sambutan Jubli Perak Hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam. 

Bengkel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam itu berlangsung selama tiga hari mulai 27 Februari hingga 2 Mac 2009 di Stadium Tertutup Kompleks sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 

Antara objektif bengkel berkenaan ialah untuk memahami peranan reka bentuk buku yang terbaik dan cara pelaksanaan kerja seni dan penggambaran (visual) disamping untuk mengkonsepsikan teknik-teknik mereka bentuk buku dan reka bentuk buku sebagai alat pemasaran. 

Bengkel dibimbing oleh tiga orang pembimbing iaitu Almond Ko Hung Tao, Priscilla Tang Wei Ling kedua-duanya dari Singapura dan Ryan E. Francisco dari Filipina.  Disamping peserta-peserta dari Negara Brrunei Darussalam, bengkel disertai juga oleh peserta-peserta dari Malaysia dan Singapura. .

 
 


Awang Osman bin Awang Abu Bakar dari
Jabatan Mufti Kerajaan  menerima sijilpenyertaan bengkel 
daripada Dayang Hajah Aminah binti Haji Mumin,
Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
sambil diperhatikan oleh Mr. Atty. Dominador D. Buhain,
Presiden ASEAN Book Publisher Association (ABPA)

 

<< Arkib Berita JMK

Copyright @ 2009 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri