Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

 

JMK adakan Forum Khas sempena
Maulidur Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Oleh: Awang Osman bin Awang Abu Bakar
 Foto : Awang Osman bin Awang Abu Bakar

20 Rabiulawal 1430 bersamaan 17 Mac 2009

 

 
 

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarak dan memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam tahun 1430 Hijriah, pada telah mengadakan Forum Khas bertajuk Ihsan al-Amin pada 20 Rabiulawal 1430 bersamaan 17 Mac, 2009 bertempat di Surau Bangunan Darulifta, Brunei Darussalam. 

Forum ini menyentuh mengenai ihsan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bagaimana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. 

Forum ini cuba menjelaskan bahawa ihsan kepada sesama makhluk seperti sesama manusia dan ihsan kepada binatang adalah antara ihsan yang dicontohi daripada akhlak dan cara hidup Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. 

Antara ihsan sesama manusia, Baginda telah memertabatkan wanita dari kedudukan yang rendah kepada kedudukan yang tinggi, begitu juga Baginda berbuat ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah dan bencana sama ada dalam dan luar negara. 

Forum ini dipengerusikan oleh Dayang Hajah Noraini binti Haji Buntar, sementara panelnya ialah Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Emran dan Dayang Siti Aishah binti Haji Abu Bakar. 

Diantara yang hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan, pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan berserta keluarga. 

 

 
   
 

Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Timbalan Mufti Kerajaan,
Pengarah Pentadbiran serta pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan
berserta keluarga ketika mendengar forum.
 

 
 



Forum disampaikan oleh pegawai-pegawai JMK

 

<< Arkib Berita JMK
 

Copyright @ 2009 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri