Serombongan peserta seramai 35
orang dari Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, telah
mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan dan seterusnya ke Balai
Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 11 Safar 1431H bersamaan
dengan 27 Januari 2010M.
Di DarufIfta Brunei Darussalam,
rombongan tersebut telah di sambut oleh pegawai-pegawai dan kakitangan
Jabatan Mufti Kerajaan dimana taklimat tentang penubuhan Balai Pameran
Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah disampaikan oleh Pengiran
Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar, Penolong Pegawai Perhubungan Awam.
Di Balai Pameran Islam Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, mereka telah dibawa untuk mengenali lebih lanjut akan
koleksi-koleksi Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang terdiri daripada mushaf, manuskrip, tongkat dan juga
tasbih.