Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan
Perdana Menteri telah membukakan tawaran bertajuk “The Project
Management, Supply, Design, Verification, Integration, Mommissioning,
Implementation, and Maintenance of Islamic Digital Library (IDLS)
For Islamic Library of Brunei Darussalam (PIB)” kepda
syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
Tawaran bagi Projek ini telah
diiklankan di akhbar resmi Pelita Brunei pada keluaran 14, 17, 21
dan 24 April 2010 yang lalu, sementera tarikh tutup bagi menghantar
proposal mengenainya pada 20 Julai, 2010 yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, Hari Maklumat
bagi projek ini telah diadakan pada 16 Jamadilawal, 1431 bersamaan 1
Mei, 2010 bertempat di ruang legar Bahagian Penerbitan dan
Penerangan, Jabatan Mufti Kerajaan.
Majlis dimulai dengan bacaan surah
al-Faatihah oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Pengarah
Haji Mokti, Pegawai Istinbad, Jabatan Mufti Kerajaan, disusuli
dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ahmad Bukhari
bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah, Pengarah Pentadbiran
Jabatan Mufti Kerajaan.
Lebih 40 orang wakil daripada 21 buah
syarikat yang menyertai tawaran ini telah menghadiri majlis
tersebut. Tutut hadir ialah beberapa orang pegawai kanan Jabatan
Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawai dari Pusat Kebangsaan
e-Kerajaan.
IDLS dihasratkan akan menjadi sebuah
sistem perpustakaan digital yang boleh diakses melalui internet.
Sistem ini menyediakan kemudahan pencarian bahan rujukan melalui
OPAC, disamping menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan di dalam
perpustakaan yang lebih efisien seperti Station
Peminjaman/Pemulangan Layan-Diri, Internet Browsing, Lab Multimedia,
serta kemudahan-kemudahan lazim yang lain. Sistem ini juga akan
mempunyai sistem pengurusan koleksi-koleksi perpustakaan yang akan
membantu pihak perpustakaan mempercepat dan mempermudah pengursan
perpustakaan.
|
 |
|
Yang Mulia Dato
Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu
Hanifah,
Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan ketika
menyampaikan ucapan alu-aluan
kepada perwakilan daripada 21 buah syarikat yang menyertai
tawaran IDLS. |