|
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti
Kerajaan pada 13 Jamadilakhir, 1431 bersamaan 27 Mei, 2010 telah
menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mr. Victor A.
Seleznev, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara
Brunei Darussalam.
Pertemuan empat mata antara keduanya
berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin, di Jabatan Mufti Kerajaan,
Darulifta Brunei Darussalam.
Tuan Yang Terutama Mr. Victor A. Seleznev
telah menyembahkan Surat Tauliah Perlantikan Kehadapan Majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada 3 Mac, 2010 yang
lalu.

Pertemuan berlangsung di Darulifta Brunei Darussalam
dengan penuh mesra dan muhibbah.
|