| |
Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Negara Brunei Darussalamtelah mengadakan sesi Taklimat dan
Latihan Mencegah Kebakaran bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti
Kerajaan pada 22 Jamadilakhir, 1431 bersamaan 5 Jun, 2010.
Sesi taklimat di adakan di
Syura 3, Darulifta Brunei Darussalam sementara sesi tunjuk cara dan
latihan memadamkan kebakaran diadakan di kawasan letak kereta di hadapan
bangunan Darulifta Brunei Darussalam.
Hadir pada sesi taklimat
dan latihan itu termasuklah Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan
Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji
Suhaili bin Haji Muhiddin, Timbalan Mufti Kerajaan dan Yang Mulia Dato
Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah, Pengarah
Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan serta pegawai dan kakitangan jabatan
ini.
Sesi taklimat dan latihan
pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan suran al-Fatihah dan bacaan
doa selamat oleh Awang Haji Zakaria bin Haji Hitam, disusuli dengan
ucapan rengkas daripada Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan,
Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah.
Taklimat mencegah kebakaran tunjuk cara memadam kebakaran disampaikan
oleh Pegawai Balai Noorzali bin Apong, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan
Bomba dan Penyelamat.
 |
|
 |
|
Pegawai Balai Noorzali bin
Apong, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan
Penyelamat ketika menyampaikan taklimat.
|
|
Yang Dimuliakan Pehin Orang
Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji
Suhaili bin Haji Muhiddin,Timbalan Mufti Kerajaan bersama
pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan mendengar
taklimat sebelum memulakan latihan menggunakan alat pemadam
api.
|
|
 |
|
BERAKSI: Setelah mendengar
taklimat dan penerangan
mengenai alat-alat pemadam api, pegawai dan kakitangan
mencuba untuk memadamkan api menggunakan alat-alat pemadam
api.
.
|
|
|