Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

 

Pelajar UNISSA Adakan latihan Industri
Di Jabatan Mufti Kerajaan

Oleh : Awang Osman bin Awang Abu Bakar


Isnin  24 Jamadilakhir, 1431 bersamaan 7 Jun 2010 

 

 
 

Seramai sembilan ornag Siswa/siswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sesi pengajian 2009-2010 yang mengikuti program Sarjana Muda Usuluddin, Syariah dan Kewangan Islam mengadakan latihan industri di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri selama 7 hinggu bermula 7 Jun hingga 24 Julai, 2010. 

Latihan tersebut adalah sebahagian daripada kurikulam UNISSA di mana setiap pelajar tahun 3 peringkat sarjana muda diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri sama ada di Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta selama 7 minggu. 

Melalui  latihan ini para siswa/siswi tersebut akan dapat mempelajari serta memperaktikkan pengetahuan baru dari jabatan ini berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa kuliah.  Pengalaman ini serba sedikit akan dapat membantu mereka mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri mereka ke alam pekerjaan yang sebenar. 

Di Jabatan Mufti Kerajaan,  para siswa/siswi itu diaturkan untuk mengikuti latihan kerja di dua bahagian jabatan ini secara berjadual iaitu Bahagian Ifta’ dan Bahagian Buhuts dan Irsyad.  Sementara di bahagian-bahagian lain para siswa/siswi tersebut hanya diberikan taklimat mengenai bahagian-bahgian berkenaan.  Terdahulu sebelum itu, satu sesi taklimat mengenai Jabatan Mufti Kerajaan telah disampaikan oleh Awang Haji Mohd. Talip bin Haji Karim, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Mufti Kerajaan pada 24 Rejab 1431 bersamaan 7 Jun 2010. 

 


Para siswa/siswi UNISSA mendengar  taklimat mengenai Jabatan Mufti Kerajaan
 telah disampaikan oleh Awang Haji Mohd. Talip bin Haji Karim,
Pemangku Penolong Pengarah jabatan Mufti Kerajaan.


 

 
 

<< Kembali ke Muka Depan

 

Copyright @ 2009 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri