Sempena dengan bulan Ramadhan dan ‘Idul fitri tahun ini, Jabatan
Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri sekali lagi mengadakan
Rancangan Irsyad Hukum di Radio dan Televisyen Brunei. Rancangan 10
siri itu telah mula dirakam di Jabatan Mufti Kerajaan pada 29 Rejab,
1431 bersamaan 12 Julai, 2010 dan disampaikan oleh 10 orang Pegawai
Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan.
Rancangan tersebut mula disiarkan pada awal bulan Ogos iaitu
sempena menjelang bulan Ramadhan, semasa bulan Ramdhan dan semasa
‘Idul fitri. Diantara tajuk-tajuk yang menarik dalam rancangan ini
termasuklah mengenai Qadha Puasa Si Mati, Puasa dan Hari Raya di Dua
Buah Negeri yang Berbeza, Leka Bersungkai Lupa Maghrib, olehkan
Perempuan Haidh Ke Kubru?, Takbir Raya Di Siang Hari dan bebeapa
lagi tajuk yang menarik berhubung puasa dan Hari Raya.