Majlis Membaca Do‘a Kesyukuran sempena pengurniaan bintang-bintang
kebesaran dan pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64 Tahun pegawai-pegawai kanan
Jabatan Mufti Kerajaan telah di adakan di Ruang Taklimat Bahagian
Penerbitan dan Penerangan Jabatan Mufti Kerajaan pada 9 syaaban,
1431 bersamaan 21 Julai, 2010.
Majlis tersebut adalah bagi Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja
Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin,
Timbalan Mufti Kerajaan masing-masing dianugerahi Pingat Hassanal
Bolkiah Sultan Pangkat Pertama (P.H.B.S); dan Yang Mulia Dato Paduka
Dr. Haji Muhammad Nur Lubis bin Abdul Razak Nur yang dianugerahi
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua
(D.P.M.B).
Ketika memberikan ucapan nasihat, Yang Berhormat Pehin memjelaskan
bintang dan pingat kehormatan tidak terlepas daripada Islam.
Bezanya bintang dan pingat-pingat dalam Islam tidak dikalungkan.
Dalam zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda pernah
memberi gelaran-gelaran seperti Asadullah, Saifullah dan lain-lain
kepada para sahabat. Gelaran-gelaran seperti ini adalah sebagai
symbol atas diri seseorang itu.
Sementara itu, Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Dato
Paduka Ahmad Bukhari mewakili semua kerabat jabatan Mufti Kerjaan,
di dalam ucapan alu-aluannya telah melahirkan rasa syukur dan
terharu serta gembira atas penganugerahan ini dan berdoa semoga
jabatan ini akan sentiasa maju dan bergerak.