Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

 

Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Rombongan Indonesia

Oleh : Awang Osman bin Awang Abu Bakar


Rabu 4 Muharram, 1433 bersamaan 30 November 2011
 

 
 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Anggota Dewan Pertimbangan Presiden, Bidang Hubungan Antara Agama Indonesia. 

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri pada 4 Muharram, 1433 bersamaan 30 November, 2011. 

Rombongan tersebut diketuai oleh Bapak Kiyai Haji  Ma’ruf Amin, Anggota Dewan Pertimbangan Presiden, Bidang Hubungan Antara Agama Indonesia disamping 6 orang anggota delagasi iaitu Hajah Siti Hurriyah, isteri Bapak Kiyai Haji Ma’ruf Amin; Prof. Dr Masykuri Abdillah, Sekretaris Anggota Dewan Pertimbangan Presiden, Bidang Hubungan Antara Agama Indonesia, Drs. Untung Widodo, Kepala Bahagian Kesejahteraan Rakyat Sekretariat Dewan Pertimbangan Presiden; Muhammad Silahuddin, M.A, Staf Anggota Dewan Pertimbagan Presiden; Hasim Nasution, Ajudan Anggota Dewan Pertimbangan Presiden; Siti Haniatunnisa, Sekretaris Peribadi Anggota Dewan Pertimbangan Presiden dan Agus Sumitra, Sekretaris Kedua, Keduataan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam. 

Selepas mengadakan kunjungan hormat, rombongan delegasi Indonesia itu telah diberikan taklimat mengenai struktur dan fungsi Jabatan Mufti Kerajaan disampaikan Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah.  Kemudian rombongan dibawa melawat Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS). 

Kunjungan rombongan tersebut ke Jabatan Mufti Kerajaan adalah bagi bertukar-tukar fikiran mengenai pembangunan keagamaan dan pendidikan agama, serta sebagai upaya meningkatkan kerjasama di bidang keagamaan antara Brunei Darussalam dan Indonesia.

 

 

Suasana ketika Yang Berhormat Pehin Mufti menerima kunjungan delegasi  Indonesia
 yang diketuai oleh Bapak Kiyai Haji  Ma’ruf Amin

 

Yang Berhormat  Pehin Mufti Kerajaan Menerima cenderamata daripada Bapak Kiyai  Haji  Ma’ruf Amin 

 

Yang Mulia Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSRK Hj Abu Hanifah menerangkan mengenai Fungsi dan Struktur Organisasi JMK

 
Rombongan melawat ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPISHHB)   Bapak Kiyai Haji  Ma’ruf Amin  menandatangani Buku Pelawat Di BPISHHB
 
 
 

<< Kembali ke Muka Depan

 

Copyright @ 2009 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri