|
|
|
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam |
|
DELEGASI SARAWAK LAWAT JMK Oleh: Awang Osman bin Awang Abu Bakar25 Muharram, 1433 bersamaan 21 Disember, 2011 |
|||
|
Serombongan delegasi dari Pusat Maklumat Islam Sarawak (Islamic Information Centre Sarawak) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 Muharram, 1433 bersamaan 21 Disember, 2011. Di Darulifta Brunei Darussalam, rombongan yang diketuai oleh Cik Zabariah Haji Matali, Ketua Pegawai Eksekutif pusat berkenaan, telah disambut oleh Dayang Nad’ya Faroah binti Haji Said, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Mufti Kerajaan yang juga telah memberikan taklimat ringkas mengenai struktur organisasi dan fungsi JMK.
Sebelum beredar melawat Balai
Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) dan
Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB), rombongan telah
diberikan taklimat mengenai penerbitan JMK disampaikan oleh
Awang Haji Yakob bin Haji Metali, Pengurus Penerbitan Fatwa,
Jabatan Mufti Kerajaan. |
|||
|
|
|
||
|
Taklimat mengenai penerbitan JMK disampaikan oleh Awang Haji Yakob bin Haji Metali |
Mendengar penerangan mengenai BPISHHB oleh Dayang Nad’ya Faroah binti Haji Said |
||
|
|
|
||
|
Sekitar lawatan ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) |
|||
|
|
|||
|
Copyright @ 2011 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri |