Dua orang
Pelajar dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal (MTSSR) iaitu Ali
Shahbana bin Hj Mohsin dan Siti Noorzawani binti Murni yang menjalani
Penempatan di Perpustakaan Islam Brunei (PIB) di Jabatan
Mufti Kerajaan telah mengakhiri penempatan mereka pada 31 Disember, 2011.
Majlis Perpisahan bagi
meraikan dua pelajar
tersebut telah diadakan pada 29 Disember 2011. Hadir di Majlis berkenaan
ialah Yang Mulia
Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah,
Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawai
serta kakitangan PIB & IKTI.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah beramai-ramai
dipimpin oleh Awang Haji Shahri bin Haji Yahya, pegawai dari
Jabatan Mufti Kerajaan, diikuti dengan ucapan nasihat daripada Pengarah
Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan seterusnya ucapan daripada wakil
pelajar yang mengikuti program penampatan di jabatan ini iaitu
Ali Shah Shahbana bin Haji Mohsin. Doa penutup dibacakan oleh
Yang Mulia Pengarah Pentadbiran, JMK.
Pelajar-pelajar tersebut
telah menjalani latihan penempatan di Perpustakaan Islam Brunei, Jabatan Mufti Kerajaan selama
3 bulan bermula 1 Oktober 2011 hingga 31 Disember 2011.
 |
|
 |
|
Ucapan nasihat daripada Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti
Kerajaan |
|
Ucapan
dari wakil pelajar iaitu Ali Shah Shahbana bin Haji Mohsin |

Bergambar ramai di Ground Floor, PIB |