Fatwa Pilihan
Soalan:
Persatuan Angkat Berat dan Kesihatan akan
mengadakan Pertandingan Bina Badan “MR BRUNEI
99”.
Dalam pertandingan ini nanti para lelaki yang
bertanding akan hanya memakai seluar ‘katak’,
yang sekira-kira hanya menutup daerah kehormatan
dan punggung mereka sahaja. Sementara anggota
yang lain terbuka dan terdedah untuk penilaian
hakim dan tontonan orang ramai.
Dapatkah hasil kutipan pertandingan tersebut
didermakan dan digunakan untuk suatu kegiatan
kebajikan bagi Persatuan Anak‑Anak Cacat?
[ baca penuh.. ]
Soalan:
Sukacita memaklumkan
bahawa berdasarkan keputusan kajian dan
penganalisaan yang telah dijalankan oleh Makmal
Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan,
Negara Brunei Darussalam didapati bahawa
beberapa jenis makanan/minuman yang ada di
pasaran negara ini adalah mengandungi alkohol.
Sehubungan dengan itu
dipohonkan kerjasama pihak tuan bagi memberikan
fatwa dan pandangan mengenai perkara ini.
Bersama-sama ini
disertakan salinan keputusan berkenaan untuk
rujukan tuan.
|
Contoh |
Keputusan |
Negeri Asal
Kilang Pengeluar |
|
Cherry cider |
: Alcohol
analysis - 4.8% |
|
|
Orange crush |
: Alcohol
analysis - 0.1% |
Malaysia,876,
Kg Rancha-Rancha, Labuan. |
|
Cream Soda |
: Alcohol
analysis - 8.7% |
|
|
Pineapple |
: Alcohol
analysis - 5.8% |
|
|
Lemon |
: Alcohol
analysis - 6.4% |
|
|
Sarsaparilla |
: Alcohol
analysis - 7.2% |
|
Soalan:
Dalam Liga Perdana pada masa ini di mana pasukan
Brunei Darussalam ikut serta, ada dijual buku
majalah setiap kali perlawanan. Buku ini dijual
dengan harga $3.00 senaskhah.
Dari itu dipohonkan fatwa mengenai meneka
“Golden Goal”
ini sama ada dikira sebagai judi kerana
peneka-peneka juga akan diundi untuk memilih
siapa yang menang. Bolehlah dikatakan kuiz atau
tekaan ini sebagai ‘game of chance’ bukan ‘game
of skill’.
[ baca
penuh.. ]
Soalan:
Bagaimana kedudukan sembahyang seseorang (selepas
mengambil air sembahyang) beliau menuju ke
tempat bilik sembahyang memijak lantai yang
diragui kebersihannya? Ada pendapat mengatakan
kita boleh kerjakan sembahyang tersebut tanpa
mempedulikan tentang kebersihan zahir, asalkan
kita tidak merasa was-was.
[ baca
penuh.. ]
Soalan:
Dengan hormatnya
sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan
perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk
kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan
Syara‘iah, Jabatan Hal Ehwal Syara‘iah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei
Darussalam.
[ baca
penuh.. ]
Bilangan 12/2010:
BASMALAH DALAM IKLAN - Siri : 8/1998
Soalan:
Sepucuk surat aduan
yang saya terima daripada pengurus umum sebuah
akhbar Brunei, menyatakan bahawa saya telah
menggunakan ayat-ayat dan petikan-petikan yang
berunsur Islam semata-mata untuk tujuan
perniagaan. Iklan yang sama telah diterbitkan
dalam akhbar lain, sebagaimana yang telah
disebutkan oleh pengurus akhbar Brunei di dalam
suratnya.
Sebagai orang Islam,
kita tahu bahawa di antara sebab menggunakan
ayat-ayat al-Quran
dan بسم الله الرحمن الرحيم sebagai sebahagian
daripada
cara hidup kita
seharian adalah untuk mendapatkan keberkatan.
Sumber utama maklumat bagi bahan-bahan produk
kami iaitu perubatan Islam yang pertama ialah
al-Quran dan hadits Shallallâhu ‘alaihi
wasallam. Rancangan untuk membuat keuntungan
melalui nama Nabi bukanlah kepercayaan Islam. Ia
mungkin boleh dikaitkan dengan kepercayaan
agama-agama lain tetapi ianya tidak sesuai
kepada kita sebagai orang Islam. Kami ingin
bertanya kepada Yang Dimuliakan: “Adakah
dibenarkan
atau tidak menulis
بسم الله الرحمن الرحيم atau mana-mana ayat-ayat
al-Quran
di dalam iklan
kami?”Kami amat berbesar hati jika Yang
Dimuliakan Pehin dapat mengirimkan pandangan
secara bertulis kepada kami berhubung dengan
perkara ini daripada sudut pandangan Islam.
[ baca
penuh.. ]
Bilangan 11/2010:
BELIAN BERHADIAH - Siri:
4/1998
Soalan:
Sukacita dipohonkan
pandangan Tuan mengenai Hukum Belian Berhadiah
di mana suatu aktiviti yang menggunakan
mekanisme berupa setiap belian akan diberikan
kupon untuk dikumpulkan sehingga cukup
bilangannya bagi membolehkan pelanggan berkenaan
mendapatkan hadiah (imbalan)daripada belian
sebelumnya. Ini bererti setiap orang ramai
khususnya pelanggan itu pada akhirnya pasti akan
mendapatkan hadiah yang disediakan melalui
belian mereka dan di antara hadiah yang
disediakan dan ditawarkan adalah merupakan
hadiah istimewa untuk mana-mana pelanggan
mendapatkannya. Pembahagian dan pengedaran kupon
berkenaan adalah tanpa mengenakan syarat nilai
belian tetapi lebih cenderung kepada jumlah
bilangan barangan yang dibeli.
Pandangan dan jawapan
daripada pihak Tuan itu nanti iaitu sama ada
aktiviti demikian mendekati ‘judi’, atau
‘mengadu nasib’ atau sebaliknya, dapatlah nanti
membantu Jabatan Perancangan dan Kemajuan
Ekonomi, Kementerian Kewangan ini memberikan
jawapan kepada pihak berkenaan.
[ baca
penuh.. ]