|
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei
Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja
BA2112, Negara Brunei Darussalam |
|
|
|
Khidmat
Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri |
|
A. KHIDMAT FATWA
|
Khidmat mengeluarkan fatwa tidak dapat ditentukan piawai
masanya kerana prosedur kerja mengeluarkan fatwa adalah
mengikut etika (adab) Mufti dalam menjawab kemusykilan itu.
Mengikut undang-undang, Mufti boleh tidak menjawab soalan
atau kemusykilan jika ditimbangkan tidak sesuai untuk dijawab. Di antara etika Mufti
sebelum mengeluarkan fatwa ialah berhati-hati dan mencerna
setiap masalah itu dengan semasak-masaknya dan seyakin-yakinnya,
yakni bukanlah setakat menjawab dengan ringan lisan dan tulisan.
- Etika Mustafti (Orang Yang Meminta Fatwa):
- (1) Permohonan untuk mendapatkan fatwa yang sedia ada dikehendaki
menyatakan keterangan peribadi pemohon dan tujuan mendapatkan
fatwa.
(2) Selain cara (a) di atas, biasa juga melalui persuratan terus kepada Mufti.
Kedua-dua cara ini (a) dan (b) adalah sama saja dilayani.
(3) Keputusan membenarkan untuk memberi fatwa yang sedia
ada tertakluk
kepada pertimbangan Mufti atau Timbalannya, kerana dengan maklumat
terkini yang mungkin baru didapat,
pendapat yang lama boleh berubah.
(4) Mustafti (peminta fatwa) wajib mengamalkan kehendak fatwa yang
diberikan kepadanya.
(5) Pemberian fatwa sama ada fatwa baru atau fatwa sedia ada tidak
boleh
diertikan sebagai kebenaran menyebarkan fatwa. Penyebaran
fatwa hanya
boleh dibuat oleh atau dengan izin daripada Jabatan Mufti Kerajaan.
- (1) Fatwa mengenai isu baru - tertakluk kepada sempurnanya maklumat dan
rujukan
(istinbat).
- (2) Fatwa mengenai isu biasa diberikan dalam masa 30 hari dari
tarikh
pertanyaan diterima.
- (3) Permohonan fatwa yang sedia ada ditimbangkan dalam tempoh
14 hari
dari tarikh permohonan diterima. Dalam apa jua keadaan,
permohonan itu
tertakluk kepada mutakhir kerajaan
terhadap isu di dalam fatwa
berkenaan.
- (4) Pertanyaan secara bersemuka (in person) atau melalui
talian:
- (a) Ditangani oleh pegawai ilmu.
- (b) Pegawai Ilmu boleh menangguhkan jawapannya.
- (c) Pegawai Ilmu boleh menghendaki pertanyaan dibuat secara bersurat
terlebih dahulu sebelum dijawab.
- (5) Jabatan Mufti Kerajaan juga menyediakan perhubungan melalui E-Mail
khusus mengenai hal ehwal fatwa:
fatwa@brunet.bn
|
| B. KHIDMAT PENYEBARAN
|
- (1) Fatwa dan Irsyad hukum sepanjang sesuatu tahun diterbitan tahun
berikutnya dan akan dijual kepada orang ramai.
-
- (2) Al-Hadaf diterbitkan 4 kali setahun (Mac, Jun, September, Disember)
diedarkan secara percuma kepada pembesar-pembesar negara, pegawai
kanan kerajaan, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong,
perpustakaan, masjid dan sekolah-sekolah menengah. Al-Hadaf juga
dijadikan
In-Flight Library RBA.
- (3) Jabatan Mufti Kerajaan dari masa kesemasa akan menerbitkan buku-buku
- terjemahan dan buku-buku tulisan ilmu untuk dijual kepada orang ramai.
-
- (4) Ceramah Yang Berhormat Mufti kerajaan menerusi
rancangan Bersama
Mufti akan disesuaikan untuk diterbitkan
dalam bentuk buku dan dijual
kepada orang ramai.
-
- (5) Setiap minggu dalam akhbar Rasmi Kerajaan,
Pelita Brunei terdapat satu
ruang Irsyad yang disediakan oleh
Jabatan Mufti Kerajaan.
(1) Irsyad hukum di radio ke udara setiap hari melalui Nur Islam 93.3 FM.
(2) Bersama Mufti diusahakan penerbitannya bersama pihak
RTB di setiap
hari-hari kebesaran Islam. Rancangan ini akan disiarkan melalui Radio dan
TV.
- (3) Juga diusahakan penerbitan bersama RTB
rancangan Irsyad hukum di TV
sempena hari-hari kebesaran
Islam dan sempena lain yang dari masa
kesemasa
jika diperlukan. Rancangannya terdiri daripada Timbalan
Mufti
Kerajaan dan Pegawai-Pegawai ilmu.
(4) Jabatan Mufti kerajaan kini berusaha untuk
menerbitkan ceramah Yang
Berhormat Mufti Kerajaan dalam bentuk CD, VCD dan DVD dan akan dijual
kepada orang ramai.
- (5) Homepage:
-
Jabatan Mufti Kerajaan mempunyai homepage yang setakat ini memuatkan
- maklumat mengenai dengan pengenalan Jabatan Mufti Kerajaan, senarai
fatwa 1962 hingga terkini, Irsyad 1995 hingga terkini, al-Hadaf dan
senarai terbitan jabatan Mufti Kerajaan yang boleh diikuti melalui alamat
- www.brunet.bn/gov/mufti
|
|
C. PERKHIDMATAN PENTADBIRAN AM
|
Khidmat pentadbiran termasuk undangan menyertai persidangan,
seminar, mesyuarat, meminjam surau, memohon ihsan buku, wakaf
buku, lawatan-lawatan, tuntutan-tuntutan dan seumpamanya. Azam
khidmat adalah seperti berikut:
- (1) Persuratan dijawab dalam masa 7 hari waktu
berkerja dari tarikh diterima.
Perkara yang menjadi
tajuk persuratan itu ditandatangani mengikut
keutamaan
Jabatan Mufti Kerajaan dan akan diberikan
keputusan atau jawaban
mengenainya sebaik saja dibuat. Jika
dijangka melebihi 14 hari, progres
dimaklumkan pada tempoh itu.
-
- (2) Pembayaran bagi setiap tuntutan yang lengkap dan
sempurna kerana membuat
kerja atau membekal barang atau perkhidmatan akan
diselesaikan diperingkat
jabatan dalam masa 7 hari waktu
bekerja dari tarikh tuntutan diterima.
|
(1) Teks fatwa hanya didapati dengan permohonan rasmi ke alamat di bawah
ini:
- Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka
- Seri Setia
(Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
Mufti Kerajaan.
(2) Semua persuratan ditujukan kepada:
Yang Mulia, Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti kerajaan
(3) Alamat persuratan:
Jabatan Mufti Kerajaan,
Bangunan Darulifta Brunei Darussalam, Simpang 26 Jalan Pengiran Babu Raja Bandar Seri Begawan BA 2112 Negara Brunei Darussalam.
Fax No. : 2235120
|
|
|