|
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei
Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja
BA2112, Negara Brunei Darussalam |
|
|
| |
Perisytiharan |
|
| |
|
Jabatan
Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan adalah
atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7hb
November, 1994. Dengan penubuhan itu, Mufti dan
pegawai-pegawainya tidak lagi di bawah Kementerian Hal Ehwal
Ugama, tetapi terus bertanggungjawab kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.
Penubuhan
ini sangat bermakna kepada syiar dan status Islam di Negara
Brunei Darussalam, apabila ia diletakkan di atas posisi yang
sangat kukuh dan kuat. Fatwa merupakan ketetapan hukum yang
diputuskan oleh Mufti yang mesti diikut dan dipatuhi oleh
umat Islam. Oleh kerana itu dengan kedudukan institusi Mufti
yang tinggi itu akan dapat memainkan peranan dalam
mengukuhkan posisi, status fatwa dan sekaligus meletakkan
martabat agama Islam itu sendiri di atas posisinya yang
sebenar.
Penubuhan
ini juga menunjukkan komitmen yang tinggi oleh seorang raja
Islam yang ingin melihat Islam berada di atas posisi
yang sewajarnya agar agama Allah itu tetap utuh dan kuat.
|
|
| |
Visi |
|
| |
|
Menjadi
Institutsi Fatwa yang Berwibawa dan Pusat Rujukan Ilmu Islam
Yang Lengkap Sempurna. |
|
| |
Misi |
|
| |
|
Menunaikan Ifta dan Melaksanakan Agenda Ilmu,
dengan Oganisasi Yang Berupaya.
Ungkapan misi ini bersifat tiga dalam satu
Misi 1: Menunaikan Ifta
yakni mengeluarkan fatwa dan bimbingan syara’
Misi
2: Melaksanakan Agenda Ilmu
yakni mengumpul ilmu dan maklumat
Islam, mengamalkan buhus & tatwir ke
atasnya dan menyibarkannya
Misi
3: Memelihara Keupayaan Organisasi,
yakni usaha berterusan kearah memperkasa organisasi
dengan keilmuan,
profesionalisme dan teknologi. |
|
| |
Moto |
|
| |
|
Berkhidmat Lurus dan Tulus Demi Agama dan
Raja |
|
| |
Tugas & Fungsi |
|
| |
|
-
Mengeluarkan fatwa & irsyad
-
Komited menjadi pusat rujukan ilmu & maklumat islam.
|
|
| |
Organisasi |
|
| |
|
Jabatan
Mufti Kerajaan menjalankan fungsinya melalui dua bahagian
utama iaitu Hal Ehwal Fatwa dan Hal Ehwal Pentadbiran.
Bahagian Hal Ehwal Fatwa mengandungi bahagian-bahagian besar
iaitu Ifta, Buhuth & Irsyad, dan Tasyrie'. Manakala Bahagian
Hal Ehwal Pentadbiran mengandungi bahagian-bahagian besar
yang terdiri daripada Urusetia Fatwa, Penerbitan dan
Penerangan, Perancangan dan Kewangan, Kakitangan dan
Perkhidmatan, Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Perpustakaan Islam Brunei Darussalam dan Hal Ehwal
Khas. |
|
| |

Organisasi Fungsi
Jabatan Mufti Kerajaan
|
|
| |
Pegangan 8 |
|
| |
|
Dalam menjalankan tugas
seharian Yang Berhormat Mufti Kerajaan mengariskan 8 perkara
untuk dijadikan pegangan pegawai dan kakitangan Jabatan
Mufti Kerajaan. Pegangan 8 itu ialah:
-
Menegakkan Hukum Allah
-
Mendukung Wawasan Raja
-
Mengasuh dan Memurnikan Pribadi Dengan Taqwa
-
Menanamkan azam yang mendalam (Zeal) Untuk Berilmu Dan
Berwibawa
-
Titih
Dalam Pekerjaan
-
Bekerja Sebagai Satu Pasukan
-
Banyak
Bekerja Daripada Bercakap
-
Bersifat Tahan Dalam Menjaga Rahsia.
|
|
|