Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam
| Muka Depan |
| Pengenalan | ||
| Fatwa | ||
| Irsyad | ||
| Al-Hadaf | ||
| Wakaf | ||
| Terbitan | ||
| Khidmat | ||
| Perhubungan |
|
Latar Belakang Lantikan Mufti |
|||||
|
Mufti dan Institusi fatwa merupakan perkara yang sangat penting dalam sesebuah negara Islam. Peranannya dalam menentu atau menetapkan hukum Islam sebagai panduan hidup umat Islam memang tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi dalam suasana dunia yang semakin berkembang dan banyak membawa masalah serta persoalan baru yang dihadapi oleh umat Islam. Sebelum Negara Brunei Darussalam mempunyai mufti, persoalan-persoalan yang berhubung kait dengan hukum-hakam dirujukkan kepada tokoh-tokoh agama, imam dan pegawai masjid. Lantikan mufti bagi Negara
Brunei Darussalam buat pertama kalinya diadakan pada zaman Al-Marhum Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang ke-28. Hal ini dapat dilihat dari warkah
baginda kepada Menteri Besar Brunei bertarikh 24hb. Januari 1961 mengenai
dengan peri mustahaknya ulama untuk menangani isu-isu agama dan penetapan
hukum mengenainya. Warkah itu antara lain berbunyi : |
|||||
|
|
|
||||
|
Kedudukan Institusi Mufti Di Dalam
Susunan Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Ugama
Negara
Brunei Darussalam (1962 -1986) |
|||||
|
|
|||||
|
|||||
|
Pentingnya jawatan Mufti Kerajaan itu adalah menurut kehendak undang-undang Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77). Pada 1hb. April 1962, Kerajaan Johor, Malaya ketika itu telah bersetuju meminjamkan Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz) menjadi Mufti Kerajaan selama tiga tahun iaitu sehingga 31hb Mac 1965. Kemudian beliau diperkenankan berkhidmat semula pada 8hb. Mac, 1967 sehingga beliau kembali ke Rahmatullah pada 3hb. Februari, 1993. Negara Brunei Darussalam buat pertama kalinya mempunyai Timbalan Mufti pada 1hb. Januari 1989. Timbalan Mufti Kerajaan yang pertama ialah Yang Dimuliakan Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned (sekarang Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja). Kemudian, pada 1hb September 1994 hingga sekarang, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd. Aziz bin Juned dilantik menjadi MUfti Kerajaan bagi mengisikan kekosongan jawatan Mufti Kerajaan. Manakala jawatan Timbalan Mufti Kerajaan dijawat oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin mulai 1hb. September 1994 hingga sekarang. |
|||||
|
Copyright
Jabatan
Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri |