Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

  Muka Depan  
  Pengenalan  
   
  Fatwa  
   
  Irsyad  
   
  Al-Hadaf  
  Wakaf  
  Terbitan  
  Khidmat  
  Perhubungan  

 

 

 
  Perkembangan Institusi Mufti  
     
 

Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz , Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari 1962 hingga 1993

 

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato  Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned , Mufti Kerajaan dari tahun 1994 hingga  sekarang

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin,
Timbalan Mufti Kerajaan


 

 
   


Sehingga sekarang , institusi mufti di Negara Brunei Darussalam telah mengalami tiga peringkat penyesuaian dari segi pentadbiran . Peringkat-peringkat itu ialah :

(a)    Dibawah Jabatan Hal Ehwal Ugama

Wujudnya institusi mufti di Negara Brunei Darussalam adalah selari dengan tarikh  perlantikan Mufti Kerajaan yang pertama pada 1hb April 1962. Pada masa itu institusi mufti merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Hal Ehwal Ugama. Jabatan Hal Ehwal Ugama pada masa itu diketuai oleh Pengetua Pegawai Hal Ehwal Ugama dan Timbalan Pengetua Pegawai Hal Ehwal Ugama.

Dari segi  tanggungjawab pentadbiran , Mufti Kerajaan pada masa itu di bawah Pengetua Pegawai Hal Ehwal Ugama, manakala dari segi tanggungjawab undang-undang Mufti Kerajaan di bawah Majlis Ugama Islam Brunei.

Pada masa itu, institusi Mufti menjalankan fungsi dan tugasnya dalam hal ehwal fatwa, perpustakaan, tapisan-tapisan :

  • khutbah
  • perfileman
  • penerbitan
  • Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Ugama Islam Brunei, dan
  • Jawatankuasa Kehakiman Majlis Ugama Islam Brunei

(b)    Di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama

Pada 21hb Oktober 1986, Jabatan Hal Ehwal Ugama telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dinaikkan tarafnya menjadi Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dengan perkenan ini, Pengetua dan Timbalan Pengetua Pegawai Hal Ehwal Ugama dinaikan menjadi Menteri Hal Ehwal Ugama dan Timbalan Menteri Hal Ehwal UGama. Manakala Ketua eksekutifnya diketuai oleh seorang Setiausaha Tetap.

Institusi Mufti pada masa itu diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Syara'iah yang merupakan salah sebuah Jabatan daripada beberapa buah jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dengan lain perkataan insitusi mufti dari segi pentadbiran hariannya adalah di bawah Pengarah Hal Ehwal Syara'iah, manakala dalam sudut tanggungjawab dari segi undang-undang adalah di bawah Majlis Ugama Islam Brunei. Sungguhpun demikian, kuasa dan pengaruh mufti itu sangatlah besar dalam pentadbiran kerajaan dan penerimaan orang ramai.

Bahagian Fatwa di peringkat ini dibahagikan kepada tiga cawangan: Cawangan Penyediaan Fatwa dan Penyebaran Fatwa, Cawangan Rujukan dan Penapisan dan lain-lain perkhidmatan.

(c)    Penubuhan Jabatan Mufti Kerajaan

Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan telah ditubuhkan secara berasingan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada 7hb November 1994. Mufti Kerajaan bertanggungjawab terus kepada Kebawah Duli  Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada menyembahkan apa jua perkara berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai Mufti Kerajaan tanpa melalui sesiapa jua pun.

 
 
 
Kedudukan Institusi Mufti
Di Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam (1986-1994)
 
   

Copyright @ 2007 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Last Updated on 02 March, 2010