Buku ini mengupas tentang
kematian dari berbagai sudut, antaranya ialah galakan supaya
mengingati mati, amaran-amaran tentang kematian. Keadaan
yang berbeza ketika datang ajal, baik orang mu'min mahupun
orang kafir, tanda-tanda husn al-Khâtimah dan banyak
lagi perbincangan tentang alam kubur yang dapat menimbulkan
kesedaran khususnya bagi orang mu'min yang bertakwa.
Buku ini bukan saja
mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan masyarakat
Islam di negara ini tetapi juga menerima Permintaan yang
sungguh menggalakan daripada umat Islam di negara-negara
jiran.
Buku ini dicetak pertama
kalinya pada tahun 2004, Kemudian diulang cetak pada
tahun 2005 sebanyak dua kali, memandangkan sambutan
yang luar biasa ini dicetak lagi buat kali keempat pada
tahun 2006, dan dua kali cetak lagi. Salah satu Cetakan pada
tahun 2007 itu dicetak di Kuala Lumpur, Malaysia.