Buku Rokok & Merokok adalah satu
daripada siri fatwa Mufti Kerajaan sepanjang tahun 2003 yang difatwakan
berdasarkan kepada 2 soalan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu.
Buku ini disulami lagi dengan gambar-gambar lampiran yang diihsankan oleh
Kementerian Kesihatan yang menunjukkan akibat dan kesan
merokok dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Buku ini bukan sahaja
mengetengahkan pendapat-pendapat para ulama mu'tabar silam
dan masa kini dalam menentukan hukum rokok tetapi hukum yang
ditetapkan juga berpandukan kepada pengalaman & teknologi
moden dunia perubatan antarabangsa dengan pendapat-pendapat
pandangan dan pakar Kesihatan Islam dan bukan Islam.
Bagi meluaskan lagi
penyebaran fatwa ini sehingga melimpasi sempadan, buku ini
juga diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan jodol Cigarettes
& Smoking.