Buku ini adalah terjemahan
daripada dua buah karya asal bahasa Arab oleh Imam
Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuthi dan ulasannya oleh UStaz
Muhammad Riyadh al-Malik bertajuk Khushushiyyat Yaum al-Jumuah.
Antara lain buku ini
menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya bagi umat
Islam, neraka Jahanam tidak menggelegak dan pelupusan dosa
pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari
Jumaat selamat daripada seksa kubur, segala roh berkumpul
pada hari Jumaat, Ia adalah hari pengimpunan, hari
pembebasan dan juga mempunyai ketika yang amat mustajab.
Buku ini telah dicetak
sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2002, 2006 & 2007.