Menampilkan kumpulan irsyad yang disiarkan melalui televisyen
Brunei sempena hari-hari kebesaran Islam yang disampaikan oleh Yang
Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam,
menerusi rancangan Bersama Mufti.
Sikap umat Islam terhadap
penghayatan hari-hari kebesaran Islam perlu sentiasa dipupuk dan dibajai
kerana menyambut hari-hari kebesaran Islam bermakna mengingat peristiwa besar
itu dengan bersungguh-sungguh bertujuan mengambil pengajaran yang ada. Ia juga
bertujuan meningkatkan keyakinan dan menambah keazaman hidup dan kehidupan untuk
menuju keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.