Kandungan
Buku ini ditulis oleh Yang Berhormat
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara
Brunei Darussalam berdasarkan rancangan Bersama Mufti
sempena sambutan Isra’ dan Mi’raj 1428 Hijriyyah yang
disiarkan melalui Radio televisyen Brunei. Ceramah ini
diolah semula, ditambah dan diformat sehingga ia menjadi
sebuah buku yang sangat berguna untuk dijadikan panduan,
bimbingan dan kesedaran minda.
Mengapakah tempat sujud itu menangisi
orang yang bersembahyang? Buku ini mengungkap berbagai
rahsia dan keajaiban orang yang menunaikan sembahyang dengan
teratur, konsisten dan penuh khusyu’ semata-mata kerana
Allah. Dalam satu riwayat, Sayyidina ‘Ali Karramallahu
wajhah berkata maksudnya: “Apabila seorang hamba itu
meninggal dunia, dia ditangisi oleh mushallânya (tempat dia
melakukan sembahyang) dan ditangisi oleh tempat amalannya
naik ke langit.” Ertinya, di mana sahaja kita sembahyang dan
beramal ibadat, tenpat-tempat itu kasih, hormat dan rindu
pada kita. Sekiranya kita mati, mereka akan turut menangisi,
mendo‘akan dan menjadi saksi utama kita di akhirat kelak.
Sembahyang bukanlah suatu beban atau
penghalang bagi menjalankan aktiviti keduniaan. Sebaliknya
sembahyang adalah suatu jalinan hubungan amat rapat di
antara seorang hamba dengan Penciptanya, malah ia merupakan
suatu kerehatan bagi seorang hamba setelah penat menjalankan
berbagai tugas harian. Sembahyang dapat merehatkan rohani
dan jasmani insan dan menghilangkan stress yang sering
dikaitkan dengan gangguan kesihatan dan fikiran seseorang.
Buku ini juga mengupas beberapa insiden
dahsyat dan mengerikan yang menimpa mereka yang mencuaikan
dan tidak menunaikan sembahyang ketika hayat. Berbagai
paparan yang amat menakutkan daripada kisah-kisah sejarah
silam dan terkini dapat diikuti dalam buku ini. Menghayati
kisah-kisah ini dapat memberi motivasi kepada pembaca untuk
memperbaiki kelemahan dan lebih tekun lagi mengerjakan
ibadat sembahyang. Sembahyang bukan sahaja sebagai
penyelamat diri individu yang menunaikannya, tetapi juga
jika dilakukan secara berjemaah, ia adalah penyelamat
daripada berlakunya bala dan bencana kepada sesebuah
masyarakat, negara mahupun dunia.
Semoga buku Orang Sembahyang Ditangisi
Oleh Tempat Sujudnya ini dapat dijadikan sebagai pembimbing
semua golongan masyarakat untuk memahami kewajipan
sembahyang yang mampu menciptakan kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup setiap Muslim di dunia dan juga di akhirat
kelak.
Buku ini berserta cakera padat, yang
berharga $8.00 dijual dengan harga istimewa pada hari
pelancarannya iaitu $7.00 senaskah. Cd dan VCD berharga $2
setiap satu, dan DVD berharga $3.00. Satu set VCD berharga
$10 dan DVD $15 dengan kotak percuma.
>>> back