Kandungan
Buku ini
membincangkan tentang perspektif Islam dalam pemedulian
pelanggan. Ia menggariskan beberapa panduan asas dan etika
dalam melaksanakan sikap pemedulian yang berperanan mengatur,
menyelia dan membisaikan hubungan pekerja dengan majikan.
Para
pembaca dibawa untuk mengambil i‘tibâr daripada
beberapa kisah di zaman Baginda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, seorang pemimpin unggul yang
mengamalkan sifat sentiasa kreatif, efisyen, penyayang, adil,
terbuka dan mudah dijumpai. Sifat-sifat terpuji inilah yang
perlu dijadikan teladan dan ikutan para pemimpin hari ini.
Antara
yang menarik dibincangkan juga ialah bermusafir (belayar)
menurut perspektif Islam. Dalam Islam, pelayaran itu
merupakan suatu perkara yang berat, sukar dan susah. Menurut
Imam al-Ghazali, etika bermusafir itu antaranya ialah
dengan berteman bagi tujuan-tujuan berbincang ketika
menghadapi kesukaran, ketika sakit dan sebagainya. Oleh
sebab itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
melarang umatnya musafir bersendirian sebagaimana hadits
Baginda yang bermaksud:
“Sekiranya orang tahu apa (keburukan, risiko) bersendirian
itu, nescaya tidak berjalan orang yang berkenderaan seorang
diri pada malam hari buat selamanya.”
Buku ini
menjelaskan bahawa sekurang-kurang teman dalam pelayaran
ialah dua orang. Malah sebuah hadits menyebutkan bahawa (maksudnya):
“Sebaik-baik teman itu adalah empat
orang.”
Pemilihan teman dalam pelayaran itu hendaklah mengambil kira
hukum halal haram menurut syara’ contohnya janganlah
diarahkan dua orang berlainan jenis yang bukan mahram
bermusafir bersama-sama. Perkara ini amat ditegah oleh
Islam. Apa yang dikehendaki oleh Islam ialah berteman cara
Islam.
Sebuah
hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
tentang panduan dalam merealisasikan sikap “Mesra Pelanggan”
mengakhiri buku ini (maksudnya):
“Barang siapa bertindak melepaskan satu hajat saudaranya,
menyelesaikan satu masalah atau kesusahan saudaranya, adalah
dia seperti beri‘tikaf di masjidku ini selama sepuluh tahun.
Beri‘tikaf satu hari di masjidku ganjarannya Allah akan
menjauhkannya dari api neraka dalam jarak tiga khandaq (tiga
longkang besar). Tiap-tiap satu longkang itu keluasannya
adalah lebih jauh daripada antara langit dan bumu.”
Harga
Halaman
ISBN
Harga |
: 31 muka surat
: 99917-33-71-X
: B$1.00 |
Sila Klik disini bagi senarai-senarai fatwa Jabatan Mufti
Kerajaan
>>> back