Buku Berubat Dengan Perubatan Bumi & Perubatan Langit ini
mengungkap beberapa rawatan alternatif yang boleh diguna
pakai dan diamalkan bagi menyembuhkan berbagai penyakit
ganjil yang tidak berupaya disembuhkan oleh rawatan moden.
Merawat dan mengubati penyakit adalah amat digalakkan dalam
Islam. Seseorang itu tidak boleh berputus asa dalam berusaha
menyembuhkan penyakit yang telah lama dideritanya kerana
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda yang maksudnya bahawa setiap penyakit itu ada ubat
dan penawarnya.
Buku ini memberi harapan baharu kepada para penderita
penyakit ganjil atau penyakit yang sudah bertahun-tahun
dirawat tetapi belum menemui kesembuhannya. Melalui
pengalaman langsung penulis, buku ini menceritakan bagaimana
kekuatan yang terdapat di dalam Perubatan Langit berupaya
dan berjaya menyembuhkan berbagai penyakit, bukan sahaja
yang ganjil, malah penyakit yang boleh dirawat dan
dikenalpasti melalui cara perubatan moden. Walaupun demikian,
ia tidak memperkecilkan keupayaan rawatan moden mahupun
perubatan bumi, malah kedua-dua jenis rawatan ini apabila
digabungkan, insya’ Allah akan memberikan hasil yang
amat baik dan menakjubkan.
Di antara mesej penting yang ingin disampaikan oleh penulis
dalam buku ini ialah keupayaan ayat-ayat al-Qur’an dan
dzikrullah dalam menyembuhkan penyakit. Berbagai kisah
tauladan silam disamping yang dialami dan disaksikan sendiri
oleh penulis telah dipaparkan dalam buku ini yang semuanya
menunjukkan betapa hebatnya ayat-ayat al-Qur’an dalam
membantu si penderita sakit sehingga menemui kesembuhan.
Tidak ketinggalan juga buku ini memberi amaran agar para
pesakit, dalam usaha untuk mencari kesembuhan, jangan sampai
terperangkap di dalam perubatan ahli sihir dan bomoh-bomoh
yang boleh menyesatkan dan membawa kepada syirik.
Apakah yang dimaksudkan dengan Perubatan Bumi & Perubatan
Langit dan bagaimana kedua-dua perubatan ini berperanan
dalam kesembuhan berbagai penyakit? Bacalah buku ini
seterusnya dan jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.
Harga
Halaman
ISBN
Harga |
: 126 muka surat
: 99917-33-80-9
: B$6.00 |
>>> back