Muka Depan | Fatwa | Irsyad | Al-Hadaf | Wakaf | Terbitan | Khidmat | Perhubungan  


PAKEJ WAKAF
BUKU TERBITAN  JABATAN MUFTI KERAJAAN


Pendahuluan 

Dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan bagi memberi peluang umat Islam di semua peringkat untuk berwakaf dan beramal jariah, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri kini menyediakan Pakej Wakaf Buku Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Skim ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Matlamat 

  • Memberi peluang beramal dengan niat kerana Allah.
     

  • Menyediakan peluang berwakaf dan beramal jariah bagi semua lapisan umat Islam dalam bentuk buku (ilmu), kepada institusi-institusi masjid, sekolah dan pusat-pusat rujukan awam.
     

  • Sebagai langkah Jabatan Mufti Kerajaan ke arah memandu masyarakat Islam pada sama-sama mengembang dan menyebarkan ilmu Islam yang lebih luas skop dan bentuknya.

Cara Pengendalian

  • Isi borang yang disediakan

  • Pilih Pakej Wakaf yang dikehendaki

  • Tentukan tempat berwakaf yang dikehendaki

  • Bayar tunai atau masukkan ke akaun Tabung Jabatan Mufti Kerajaan.

  • Hantar borang yang telah lengkap diisi ke Bahagian Penerbitan dan Penerangan , JMK dan fax ke 2237699 atau 2235120

Keterangan lanjut, hubungi :

Bahagian Penerbitan dan Penerangan,
Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
DarulIfta Brunei Darussalam,
Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja,
Negara Brunei Darussalam.

Email:
mufti@brunet.bn
fatwa@brunet.bn
penerbitanjmk@netkad.com.bn

© Copyright Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Last Updated on 16 June 2009