Fatwa Mufti Kerajaan 2019

$6.00

Kandungan

Buku ini mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam, difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Antara persoalan menarik ialah:

– Alkursi: Adakah memenuhi kesempurnaan menunaikan sembahyang duduk menggunakan kerusi?
– Hukum tidak berpuasa Ramadhan kerana bersukan.
– Hukum menyertai pertandingan sukan yang menawarkan hadiah.
– Mewarnakan kuku menggunakan pengilat kuku.
– Mengumpul dan memakai tongkat.
– Pelaut wanita yang bermusafir sebagai kerjaya.
– Hukum mengamalkan yoga.

Persoalannya apakah hukum meminum kopi luwak?

Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2018 ini ada jawapannya. Selain daripada itu, banyak lagi penjelasan hukum yang dihuraikan berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan. Antara persoalan-persoalan yang dihuraikan di dalam buku ini; bersuci menggunakan sabun sertu dan debu tanah tayammum, hukum darah ikan dan air basuhan darah ikan, hukum tarian poco-poco, penggunaan bitcoin menurut syara’, hukum pertukaran jantina lelaki ke perempuan dan lain-lain lagi.

Setiap keluarga Islam perlu memiliki buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Category

Description

Tahun Diterbitkan: 2020
Halaman: 206 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-82-7
Harga:
BND 6.00