Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Daripada Imam Asim Hafiz

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Asim Hafiz, Islamic Religious Advisor to Chief of the Defence Staff and Service Chiefs of the British Forces pada 17 Zulkaedah, 1444 bersamaan 06 Jun, 2023. Kunjungan berlangsung di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan. 

Hadir sama di kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya British ke Negara Brunei Darussalam dan Kapten Jonathan Caple, Royal Navy, British Defence Advisor. 

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran serta beberapa pegawai Jabatan Mufti Kerajaan. 

Imam Asim Hafiz dalam rangka lawatan kerja ke Negara Brunei Darussalam selama 2 hari bermula hari ini. Tujuan lawatan kerja beliau adalah untuk lebih memahami kepelbagaian agama di rantau ini.