Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Menteri Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar & Kementerian Pertahanan Singapura

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat dan muhibbah daripada Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pertahanan, Singapura pada 21 Syaaban, 1438 bersamaan 18 Mei, 2017.

Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki Osman, di dalam kunjungan tersebut disertai oleh Duta Besar Singapura ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Timbalan Duta Besar Mr. Raymond Chow dan Deputy Director, Southeast Asia Directorate I, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura. 

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin, di Jabatan Mufti Kerajaan, Darulifta Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.