Description
| Tahun Diterbitkan: | 2011 |
| Muka Surat: | 72Â Halaman |
| ISBN-13: | 978-99917-33-98-2 |
| Harga: | BND 3.00 |
$3.00
Buku ini merupakan kandungan kertas kerja yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, di Seminar Antarabangsa Mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah sempena Sambutan Jubli Perak Penubuhan Pusat Da’wah Islamiah pada 24 Rabiulakhir, 1432 bersamaan 29 Mac, 2011
Memandangkan pada hari ini semakin banyak fahaman yang mengelirukan dan terpesong daripada aqidah Islam sebenar, buku ini adalah sesuai untuk dibaca oleh berbagai golongan masyarakat dalam memandu kita ke arah memahami dan beramal dengan aqidah yang dipegang oleh para ulama dan orang-orang yang mengikut perjalanan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah aqidah yang berlandaskan al-Qur’an, hadits dan juga ijma’ ulama.
Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah inilah yang telah menyatukan umat Islam negara ini dan mencorakkan kehidupan beragama, menyuluh masyarakat ke arah hidup yang lebih selamat dan stabil serta membina sebuah negara yang maju dan sejahtera.
Mengandungi terjemahan 2 bahasa asing iaitu Inggeris dan Arab daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Melayu, buku ini diharapkan dapat mencapai matlamatnya dalam menyebarkan ilmu Islam seluas mungkin kepada berbagai lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
| Tahun Diterbitkan: | 2011 |
| Muka Surat: | 72Â Halaman |
| ISBN-13: | 978-99917-33-98-2 |
| Harga: | BND 3.00 |
Jabatan Mufti Kerajaan © . Dikuasai oleh Activ8 BN Digital Solutions