Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati Tamat Kursus Latihan Industri

14 Muharram 1446 bersamaan 20 Julai 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati Tamat Kursus Latihan Industri kepada Pelajar UNISSA dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada Pelajar IBTE.

Seramai 10 pelajar Program Bachelor of Shariah (Fiqh & Judiciary) dari Fakulti Shariah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menjalani Kursus Latihan Industri di Bahagian Hal Ehwal Keilmuan selama 10 minggu bermula dari 1hb Mei 2024 hingga 20hb Julai 2024. 

Manakala, seramai 3 pelajar Program HNTec in Information and Library Studies telah menjalani Kursus Latihan Industri di Perpustakaan Islam brunei Darussalam (PIB), Jabatan Mufti Kerajaan, selama 3 bulan bermula dari 1hb Mei 2024 hingga 31hb Julai 2024.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, yang seterusnya menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Majlis berlangsung di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam.​