Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat U.S. Department of State’s Special Representative to Muslim Communities

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan Mr Shaarik Zafar, U.S. Department of State’s Special Representative to Muslim Communities.

Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 8 Dzulkaedah, 1437 bersamaan 11 Ogos, 2016.  Mr. Shaarik Zafar diiringi oleh Mr Mark  S. Dieker, Charge d’affaires, Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam dan  Albar A. Sheikh, Policy Advisor, Offfice of Religion and Global Affairs, US Department of State. 

Turut hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin dan Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Awang  Mohammad Sofian bin Haji Basri

Mr Shaarik H. Zafar dilantik sebagai wakil khas bagai masyarakat Islam di Jabatan Negara Amerika pada Julai 2014.  Beliau bertanggung jawab melaksanakan  usaha Setiausaha Negara Amerika bagi mendekati masyarakat Islam di seluruh dunia berhubung isu kepentingan bersama bagi menyokong matlamat bersama dan memajukan dasar luar Amerika.  

Beliau berada di negara ini selama dua hari bermula hari ini Khamis 11 Ogos dengan tujuan meneruskan perbincangan tentang kepercayaan serta amalan-amalan agama Islam dan cara bagi memelihara serta meningkatkan hak asasi manusia.